helo im farahin dania and this is another side of me nothing much to share but still idk

Roses are red, violets are blue tbh idk wht to say, may the force be with you

twitter tumblr instagram spotify

April 2013 January 2016



© layout by firesparks. Graphic from pixiv .
PBS 2016 #2 - ISU PENGABAIAN ORANG TUA
Monday 11 January 2016 // 17:59

Pendahuluan

      Pepatah Melayu yang berbunyi “bagai kacang lupakan kulit”mungkin sesuai untuk di bincangkan bagi isu golongan warga emas yang kian terabai, kurang bernasib baik dan kebajikan golongan ini juga diabaikan oleh semua pihak. Dalam hal ini, kita sering tertanya-tanya tentang sebab-sebab golongan warga emas ini diabaikan dan sentiasa dilupakan oleh semua lapisan masyarakat. Menjaga warga tua atau ibu bapa yang sudah lanjut usia bukan masalah individu sahaja bahkan ia melibatkan semua pihak terutamanya institusi keluarga, masyarakat dan kerajaan. Pengorbanan ibu bapa tidak ternilai harganya jadi apa salah anak-anak menjaga dan menatang bagai minyak yang penuh seperti mereka menjaga anak-anak semasa kecil dulu. Lagipun dalam tuntutan agama pun ia cukup jelas menuntut kita sebagai anak harus menjaga ibu bapa lebih-lebih lagi yang berumur. Menjaga ibu bapa yang sakit ketika diambang maut dan juga menguruskan jenazah merupakan tanggungjawab yang dituntut oleh agama. Namun, hari ini ramai anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan atau membiarkan sahaja mereka sendirian. Hal ini demikian kerana disebabkan oleh banyak faktor yang mempengaruhinya, justeru itu juga masalah ini harus dibendung supaya tidak menjadi lebih teruk lagi di masa akan datang.

Faktor-faktor

      Golongan warga emas yang terabai dan diletakkan di bawah penjagaan rumah kebajikan merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral oleh anak-anak. Dalam hal ini, kita sering tertanya-tanya tentang sebab-sebab mengapa mereka diabaikan. Oleh itu, tentu terdapatnya  faktor tertentu yang menyumbang ke arah berlakunya masalah ini. Salah satu faktornya yang paling ketara ialah sikap manusia itu sendiri. Segelintir manusia memandang hina terhadap golongan ini, mereka menganggap warga emas tidak berguna lagi malah membebankan. Oleh itu, anak-anak lebih gemar menghantar ibu bapa mereka kerumah kebajikan. Di samping itu, masyarakat itu sendiri juga memandang serong terhadap warga emas yang kurang bernasib baik sekali gus menyisihkan mereka. Perbuatan ini dianggap tidak bermoral terutamanya anak-anak yang derhaka. Ibu bapa telah membesarkan anak-anak dengan bersusah payah namun apakah yang diperoleh oleh mereka semasa tua dan tidak bertenaga lagi? Tentunya mereka akan berasa sakit hati apabila dilayan sedemikian. Selain itu, kita haruslah faham bahawa mereka yang kurang bernasib baik sudah cukup malang dan janganlah menambahkan lagi keperitan itu. Dalam situasi ini bukankah masyarakat sepatutnya memberikan kasih sayang kepada mereka? Namun, yang berlaku dalam realiti kehidupan ini ialah masyarakat tidak ada pun rasa belas kasihan atau menunjukkan simpati bahkan menyisihkan mereka dan menjadikan mereka sebagai bahan gurauan dan cacian.

      Bukan itu sahaja, anak-anak juga sering memandang ringan terhadap orang tua mereka. Mereka menganggap ibu bapa telah tua tidak berguna dan berjasa lagi. Mereka tidak terfikir tentang jasa-jasa yang telah diberikan oleh ibu bapa mereka sehingga anak-anak dapat menikmati kesenangan seperti yang dinikmati hari ini. Ingatlah, mereka amat berpengalaman dan segala pandangan, nasihat serta tunjuk ajar mereka patut dihargai dan dijadikan pedoman hidup. Selain itu, yang menyebabkan orang tua diabaikan sehingga ada anak-anak yang sanggup menghantar ibu bapa ke rumah orang tua atau membiarkan mereka tinggal sendirian ialah disebabkan kecacatan, nyayuk, tidak bersefahaman diantara anak atau menantu dengan ibu bapa, kesibukkan anak dengan tugas harian dan masalah kewangan. Tidak sewajarnya meletakkan orang tua dirumah kebajikan kerana ia bermakna menderhakai dan mengabaikan tanggungjawab kita sebagai seorang anak lebih-lebih lagi anak itu lelaki. Anak-anak harus bijak untuk memohon maaf kepada ibu bapa walaupun atas hal-hal yang tidak seberapa. Hal ini mereka menganggap memohon maaf pada ibu bapa adalah satu kesalahan dan tidak wajar.


      Dari aspek lain pula, punca pengabaian warga tua juga disebabkan oleh tindakan ibu bapa itu sendiri. Pengabaian terhadap ibu bapa disebabkan pengalaman anak-anak itu sendiri di alam kanak-kanak, mungkin semasa kecil kedua ibu bapa mereka bersikap bengis, suka mendera Maka, anak-anak akan bertindak balas dan menyimpan perasaan untuk membalas dendam terhadap kedua ibu bapa mereka yang dianggap kejam itu. Oleh itu, salah satu cara untuk memuaskan hati mereka ialah dengan mengabaikan kebajikan dan kesihatan kedua ibu bapanya.

Langkah-langkah mengatasi

      Masalah pengabaian warga tua disebabkan oleh banyak faktor, namun masalah ini masih boleh dibendung dan diatasi. Tamadun manusia walau apapun agamanya, ia akan meletakkan kedudukan yang paling tinggi kepada yang lebih tua terutamanya kedua ibu bapa. Tamadun itu semakin hari semakin di telan arus pembangunan. Akibatnya anak-anak yang sudah berkeluarga bukan sahaja tidak lagi berminat tinggal bersama ibu bapa malah jumlah ini semakin meningkat di kalangan anak-anak yang bekerja. Langkah untuk mengatasi masalah ini ialah sikap manusia haruslah baik dimana manusia perlu mengikis sifat memandang remeh kepada orang tua yang kurang bernasib baik dan juga anak-anak perlu membuang sifat memandang hina kepada ibu bapa yang dianggap  semakin tua semakin tidak berguna dan tidak perlukan lagi. Masyarakat haruslah mengubah sikap dengan mengamalkan sistem keluarga luasan iaitu isi rumah yang merangkumi ibu bapa, anak-anak dan datuk nenek atau anggota keluarga yang lain, secara tidak langsung dapat memupuk rasa tanggungjawab, perasaan kasih sayang, sokongan  dan ikatan kekeluargaan yang kuat oleh ahli keluarga terhadap warga tua.

      Langkah kedua, anak-anak haruslah diberi didikan agama dan pendedahan dari awal lagi tentang menghormati ibu bapa. Anak-anak yang diberi didikan agama dari kecil  lagi akan dapat mengelakkan daripada ibu bapa disisih. Anak-anak yang mempunyai asas agama akan ada rasa tanggungjawab dalam menjalankan tugas menjaga ibu bapa yang berumur. Selain didikan agama yang diterapkan kepada anak-anak sejak kecil lagi pendidikan moral juga perlu diterapkan disekolah rendah dan sekolah menengah. Pendidikan agama yang dihubungkan dengan memperbanyakkan konsep inter-generasi dimana agensi atau pusat penjagaan haruslah menyediakan penjagaan kepada penjaga perlulah diwar-warkan agar mereka lebih sedar tentang sumber yang boleh didapati terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. Selain itu, kerajaan perlu menyediakan satu system pendaftaran penjaga supaya segala bentuk bantuan dan program boleh disalurkan dengan mudah. Maknanya, kita akan tahu siapa yang menjaga siapa dalam masyarakat. Seterusnya kita juga harus mengadakaan kempen kesedaran tentang masalah yang berkaitkan warga tua seperti mengadakan hari ibu dan hari bapa. Hari ibu dan hari bapa harus disambut bagi menyanjung dan mengingati jasa dan pengorbanan mereka. Melalui hari ibu dan bapa ini ia sikit sebanyak akan menyedarkan golongan anak-anak yang tidak mempedulikan ibu bapa mereka.

Kesimpulan

      Masalah pengabaian warga tua masih lagi di tahap rendah, namun perbuatan anak-anak tempatan seumpama itu tidak dapat diterima masyarakat di negara ini bahkan sangat memalukan dan dikesali. Oleh itu, setiap anak-anak hendaklah sentiasa menghormati dan menjaga kebajikan kedua ibu bapa dan warga tua dengan memberikan kasih sayang dan memastikan kesempurnaan hidup mereka terjamin dan janganlah sesekali mengabaikan dan mensia-siakan hidup mereka serta selalulah mendoakan mereka agar sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah S.W.T.

Sumber :
Sosial..

PBS 2016; ISU PENGABAIAN WARGA TUA
// 17:36

   Dalam meniti usia emas, warga tua sepatutnya boleh menyandarkan harapan kepada anak-anak. Pertalian yang sekian lama terjalin wajarlah ada tautan hingga ke penghujung zaman. Usaha ini adalah untuk mengelakkan warga emas berasa rendah diri, tersisih dan hidup dalam penderitaan dan kesedihan. Kes meninggalkan ibu bapa yang sudah lanjut usia di rumah kebajikan sering menjadi perbualan umum dan mendapat perhatian masyarakat moden pada hari ini. Kadar kemasukan warga emas ke rumah kebajikan seperti cendawan tumbuh selepas hujan dari tahun ke tahun. Anak-anak merupakan orang yang akan dituding jari oleh masyarakat disebabkan oleh pengabaian mereka terhadap ibu bapa yang sudah lanjut usia. Oleh itu, terdapat beberapa punca yang membawa kepada pengabaian warga emas ini. Bak kata peribahasa Melayu, bagai menatang minyak yang penuh sudah dicurahkan oleh ibu bapa kepada anak-anak sejak dilahirkan, namun anak-anak ibarat kacang melupakan kulit kian mengabaikan kebajikan ibu bapa apabila mereka sudah meningkat dewasa, berkerjaya dan berumah tangga.

        Pengabaian warga emas berpunca daripada sikap golongan muda dewasa ini yang terlalu taksub akan dunia kebendaan dan mementingkan diri. Kesibukan mengejar duniawi menyebabkan mereka sanggup menetap di luar negara untuk tempoh yang tertentu bagi memastikan pencapaian cemerlang mereka dalam dunia kerjaya. Bagi mereka, tugas mengejar kekayaan, kemewahan dan kesenangan hidup adalah segala-galanya. Sama ada kebajikan para ibu bapa mereka terbela atau tidak, bukanlah persoalan yang harus difikirkan serta diambil tindakan yang sewajarnya. Apabila ibu bapa semakin tua, maka terdapatlah jurang komunikasi dengan anak-anak. Keadaan ini bertambah buruk dengan adanya hasutan, hambatan dan tekanan yang diberikan oleh pasangan hidup yang tidak sanggup tinggal bersama dengan ibu bapa kerana tidak tahan akan leteran dan kerenah ibu bapa yang telah uzur selain menginginkan kehidupan yang lebih selesa dan bebas. Mereka juga tidak sanggup menjaga ibu bapa tua yang dianggap nyanyuk dan tidak berguna lagi. Anak-anak seterusnya akan bertindak menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua.

        Sikap anak-anak yang tidak tahu mengenang budi turut mendorong kepada pengabaian kebajikan dan kasih sayang warga emas. Anak-anak yang diberi didikan agama dari kecil  lagi tidak akan mengabaikan dan menyisihkan ibu bapa mereka. Anak-anak yang mempunyai asas agama yang kukuh menyedari dan menginsafi tanggungjawab mereka dalam menjaga kebajikan ibu bapa yang berumur di samping senantiasa berhubung dan berkasih sayang dalam kehidupan sehari-hari. Sejak kecil, anak-anak tidak diberi pendedahan tentang nilai mengenang budi, sehingga menyebabkan mereka membesar sebagai seorang dewasa yang tidak bertanggungjawab bagaikan kacang lupakan kulit. Sememangnya, ibu bapa seharusnya menerapkan nilai-nilai kasih sayang dan bertanggungjawab selain menyemaikan sikap mengenang budi dalam kehidupan berkeluarga.  Tanggungjawab untuk menjaga golongan warga emas harus dipupuk dalam jiwa setiap anak sejak kecil lagi. Balasan ini sebenarnya adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan segala kasih sayang dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh kedua-dua ibu bapa dalam mendidik dan membesarkan kita sehingga dewasa dan berjaya.
       
        Selain didikan agama yang diterapkan kepada anak-anak sejak kecil lagi pendidikan moral juga perlu diterapkan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Pendidikan agama yang dihubungkan dengan memperbanyak konsep inter-generasi, yakni agensi atau pusat penjagaan haruslah menyediakan penjagaan kepada penjaga perlulah diwar-warkan agar mereka lebih menyedari sumber yang boleh didapati, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. Selain itu, kerajaan perlu menyediakan satu sistem pendaftaran penjaga supaya segala bentuk bantuan kebajikan dan program boleh disalurkan dengan mudah dan berkesan. Maknanya, kita akan tahu siapa yang menjaga siapa dalam institusi masyarakat di samping memupuk budaya masyarakat penyayang dalam kalangan masyarakat majmuk Malaysia. Seterusnya kita juga harus mengadakan kempen kesedaran tentang masalah yang berkaitan dengan warga tua seperti mengadakan Hari Ibu dan Hari Bapa. Hari-hari tersebut wajar disambut bagi menyanjung dan mengingati jasa dan pengorbanan mereka. Melalui hari ibu dan bapa ini, sedikit banyak akan menyedarkan golongan anak-anak yang tidak mempedulikan ibu bapa mereka agar insaf dan pulang ke pangkuan keluarga yang tersayang.

        Tidak dapat dinafikan bahawa masalah peribadi juga merupakan antara punca pengabaian warga emas dalam kalangan masyarakat moden pada hari ini. Masalah kewangan merupakan isu utama yang sering dibangkitkan agar ibu bapa tinggal di rumah kebajikan kerajaan yang dikatakan menanggung segala makan, minum, pakaian dan tempat tinggal. Kononnya, ibu bapa sering dikatakan sebagai beban dan faktor penyumbang kepada masalah kewangan anak-anak. Oleh hal yang demikian, mereka yang sudah lanjut usia, berpenyakit tua dan kurang upaya telah dihantar ke rumah kebajikan atau rumah orang-orang tua. Padahal ketika anak-anak masih kecil mahupun remaja, ibu bapalah yang sanggup menatang bagai minyak yang penuh, bergolok gadai atau bermandi peluh untuk memenuhi keinginan dan tuntutan anak-anak, khususnya dari segi pelajaran, makanan, tempat tinggal yang selesa, pakaian dan bukannya menghantar anak-anak ke rumah anak-anak yatim. Namun, sayang seribu kali sayang, anak-anak yang sudah dewasa dan berkerjaya cemerlang langsung tidak mengenang budi ibu bapa sebaliknya rumah kebajikan atau rumah orang-orang tua menjadi pilihan mereka untuk melangsaikan tanggungjawab anak kepada ibu bapa tua mereka.

        Dalam keghairahan kita mengejar kemajuan material, terdapat segolongan masyarakat, iaitu golongan warga tua atau warga emas yang terabai dan semestinya memerlukan perhatian dan kasih sayang masyarakat, khususnya generasi muda. Layanlah kehendak dan kerenah mereka, asalkan hidup mereka bahagia dan gembira. Kita haruslah banyak bersabar, cekal dan tabah semasa melayani buana ragam golongan warga emas yang kadangkala bersifat terlalu asing buat kita, anak-anak remaja yang sedang meningkat dewasa dan berkerjaya. Sesungguhnya, golongan inilah yang telah melahirkan kita ke dunia kehidupan yang serba mencabar ini. Merekalah yang telah bersungguh-sungguh mengasuh, mendidik dan membesarkan kita sehingga kita meningkat dewasa dan berjaya dalam dunia pelajaran dan kerjaya. Jasa bakti mereka seharusnya kita sanjung dan hargai selagi hayat dikandung badan. Ingat, sesungguhnya, syurga anak-anak di hujung telapak kaki seorang ibu atau bapa tua yang mulia!

sori takdek title
Sunday 10 January 2016 // 05:17

cubaan meletak gambar

haha aku tejumpa blog yg dah berkurun setelah kodek kodek link ape tah kat bookmark patu terimbau kenangan lama dulu masa hangat berbloging konon. patu aku edit la balik resepi spegeti tu kasi masuk resepi extra acah acah dr aku heheeheehehehe pui. aku byk hw tk siap lg pp kene baca muet completekn writing patu mak aku suh msk nasik goreng patu aku msih disini menaip tah pape k bye

TRIAL ENTRY



Kimchi Spaghetti! (mengacah)
Saturday 13 April 2013 // 06:22




#1 Recipe

First we need the..
Ingredients:
Minced onion @ holland onion, 

miched  garlic, 
bell pepper,
scallions, 
kimchi, 
ham @ minched meat, 
tomato sauce @ pasta sauce,
mozarella cheese.

1. Wash and cut up your vegetables,

2. Slice up your meat @ ham (make dice)

3. Boil spaghetti according to directions; when it’s done, strain and rinse with cold water. PREHEAT THE OVEN (350-400 degrees works.)

4. While the pasta cooks, saute your vegetables (but not the kimchi!) with some oil and a little salt- cook your meat too, if it’s uncooked, and set all of this aside.

5. Saute the kimchi with a little oil. Kyungsoo says the kimchi is more delicious cooked- he’s definitely right! don’t skip this step! 

6. Turn the heat to medium, add all your sauteed vegetables and meat to the kimchi in the pan, and pour a good amount of tomato sauce on top and mix it all up- make sure to heat the sauce through!

7. Put the cooked spaghetti into an ovenproof pan/dish and pour your sauce over it. Mix it all up!


8. Sprinkle your cheese over the whole thing -put more than you think you would like, because once it melts, you see it’s actually not a lot at all.





9. Put the kimchi spaghetti in the oven until the cheese has all melted. 

10. Serve and enjoy! :)

p/s: Add extra vegetables, which add extra steps, but it makes the whole result a lot more delicious and healthy!

Youtube - Cooking With Kyungsoo ;)


EXTRA!!! RESEPI DARI AKU SENDIRI YG PENTING KO DAH ADA BAHAN NI DH CUKUP DH BOLEH BAWAK MSK
-SPEGETI SEPEKET
-SOS PASTA (AKU PAKAI YG ADABI PUNYA SELALU DALAM TIN, MURAH JIMAT)
-BAWANG BESAR / HOLLAND (1 OR 2 BIJIK)
-BAWANG PUTIH (3-4 ULAS)
- 2 OR 3 BIJI TOMATO (DEPENDS SIZE GAK , AH TEPULANG AH)
-SOS CILI

-CILING GILING (2 SUDU BESAR) 
EXTRA INGREDIENTS (KLU TKDE TKPE GK KOT MANA TAHU DARURAT KAT RUMAH TAKDE BAHAN PATU TGH KEBULOQ)
+SOSEJ / DAGING CINCANG
+CILI LADA YG WARNA KUNING MERAH IJO TU
+CENDAWAN BUTANG (BIASANYA DLM TIN PUNYA, ALA AKU MASE TU PAKAI CENDAWAN ENOKI YG PEPANJANG TU BOLEH JE TARAM TARAK HAL LAH)

**BAHAN YG DIBOLDKAN CINCANG POTONG DADU

KALAU NAK LAGI PERFECT BOLEH TAMBAH MOZARELLA CHEESE UTK TOPPING PATU PANASKAN MASUK OVEN

CARA NAK MASAK SIMPLE JE 
MEMULA KO BUBUH MINYAK KASI PANAS SKET, DAH BOLEH TUMIS SEGALA BAWANG, KASI NAIK BAU SKET, PATU MASUKKAN DAGING/AYAM/SOSEJ, 
AGAK AGAK DAH MASAK BOLEH MASUKKAN TOMATO, CILI LADA PATU GAUL BAGI SEBATI, PATU MASUKKAN CILI GILING, SOS PASTA, SOS CILI (AGAK2 3-4 KALI GONCANG) PATU GAUL, THEN MASUKKAN AIR 1 SETENGAH CAWAN TIN PASTA TD,I KALAU NAK PEKAT SETIN AIR JE, PATU KACAU, THEN BOLEH BUBUH GULA 3 SUDU GARAM 2 SUDU KECIK, PATU BOLEH TABUR OREGANO LEAVES. THEN TUNGGU DLM LG 10 MINIT PATU BOLE TUTUP API, SIAP!

MUDAH, PANTAS, LAZAT BUDAK KECIK PON BOLEH BUAT
ADIOSS

credit;
lu-bikscube.tumblr.com